Agong lanjutkan tempoh penyerahan dokumen bentuk kerajaan sehingga 2 petang esok

0
22
Suasana pekarangan pintu utama Istana Negara tengah hari di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan tempoh mengemukakan gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan sehingga 2 petang esok, bersamaan 22 November.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah perkenan Seri Paduka Baginda itu susulan daripada permohonan ketua parti politik dan juga gabungan parti yang telah diterima oleh Istana Negara hari ini.

Sehubungan itu, Seri Paduka menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses gabungan parti diterima oleh pihak Istana Negara.

Seri Paduka turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan pengurusan Perdana Menteri Sementara berdasarkan prinsip yang digariskan bagi jawatan sementara itu.

Baginda juga menyeru rakyat mendoakan semoga negara ini dirahmati dan diberkati serta dilindungi dari sebarang bentuk bencana dan musibah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here