Agong titah BN ambil bahagian dalam kerajaan perpaduan – Zahid Hamidi 

0
28
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekitar pergerakan keluar masuk Istana Negara setakat tengah hari ini Istana Negara di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasion (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa semua 30 Ahli Parlimen parti itu mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau bersama dua lagi pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah tersebut semasa menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pagi tadi.

Ditanya mengenai sikap berkecuali BN seperti yang dinyatakan beberapa pemimpin parti itu, Ahmad Zahid menjawab itu bukan titah daripada tuanku. 

 “Tak ada, tak ada… Bukan itu titah tuanku. 

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” jelasnya, memetik laporan Malaysiakini. 

Ahmad Zahid, bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan meluangkan masa selama satu jam di Istana Negara sebelum keluar pada jam 11.23 pagi diikuti konvoi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang  keluar pada jam 11.56 pagi. 

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan sekitar pergerakan keluar masuk Istana Negara setakat tengah hari ini Istana Negara di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Semalam, Agong menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara pagi ini untuk ditemu bual secara langsung dalam usaha baginda melantik Perdana Menteri baru Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga saja yang menghadap Agong.

Susulan titah Agong pagi tadi, Ahmad Zahid berkata, titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Berdasarkan surat yang dikeluarkan ibu pejabat parti, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here