Ahli Kabinet Kerajaan Perpaduan, gaji akan dikecilkan – PM

0
63
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan akan mengecilkan saiz dan mengurangkan gaji ahli-ahli Kabinet dalam kerajaannya.

Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan,
perkara itu akan dilaksanakan melalui berbincangan dengan parti-parti dalam kerajaannya.

“Saiz Kabinet tentunya akan dikecilkan dan saya juga minta supaya ahli-ahli Kabinet baharu setuju dengan usul saya untuk mengurangkan gaji mereka.

“Saya akan memberikan pertimbangan sedemikian. Tapi ini dalam proses perbincangan dan persiapan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pagi ini.

Ditanya bila perkara itu akan dilaksanakan, Anwar berkata ia akan disegerakan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan segera dengan agensi-agensi di bawahnya untuk mengurangkan tekanan daripada kos sara hidup dan harga barang yang tinggi ketika ini.

“Saya telah memohon supaya perbincangan lebih teliti dan tindakan segera untuk mengurangkan tekanan ini dan akan adakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkenaan dalam masa terdekat.

” Kalau mereka tidak keberatan, mohon mereka mengadakan pertemuan hujung minggu ini atau selewat-lewatnya Isnin, walaupun saya faham ia cuti awam.

“Kalau mereka keberatan, saya boleh tangguhkan, tapi saya percaya dan kenal dengan komitmen pegawai-pegawai ini mereka faham bahawa tugas utama kita adalah untuk mengurangkan beban dihadapi rakyat terutama di peringkat bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here