Ahli Parlimen BN mula tinggalkan mesyuarat parti, belum ada keputusan rasmi

0
23
Lokasi mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat pembentukan kerajaan oleh ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermula sejak pagi ini dikira selesai apabila beberapa ahli Parlimen parti itu mula meninggalkan Menara Dato Onn.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika ditemui media mengesahkan tiada sebarang akuan sumpah (SD) ditandatangani setakat ini.

Antara ahli Parlimen terawal meninggalkan bangunan itu adalah Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Rauf Yusof.

Kesemua ahli Parlimen bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan kepada media dan meminta media menunggu pengumuman rasmi dari pucuk pimpinan parti.

Mesyuarat yang bermula 10 pagi ini berkait dengan pembentukan kerajaan dan pencalonan Perdana Menteri Ke-10.

BN setakat ini belum memutuskan penggabungannya dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan sama ada dengan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here