Ahmad Zahid hanya ‘bluetick’ Whatapps saya – Noh Omar

0
54
Tan Sri Noh Omar. Foto : Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

CYBERJAYA – Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar kecewa dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang langsung tidak melayaninya walaupun sudah menghantar mesej menerusi WhatsApp.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata Presiden UMNO itu tidak membalas satu pun pertanyaannya berhubung sama ada akan diletak calon semula atau pun sebaliknya sehinggalah kenyataan rasmi dikeluarkan mengumumkan senarai nama calon lain di Tanjung Karang.

“Jadi saya tunggu dari pagi sampai malam. Saya WhatsApp Presiden tetapi tidak ada respons.

“Saya fikir presiden sibuk dan saya tunggu sampai malam ini. Hanya tadi keluar senarai BN, Tanjung Karang sudah ada calon. Maka, watikah tidak sampai pada saya,” katanya dipetik laporan media malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Selangor itu juga kecewa dengan Zahid kerana tidak bersikap terbuka dalam menyentuh mengenai isu pencalonannya di Tanjung Karang.

“Sedih dan kecewa saya menunggu macam buah tak jatuh. Saya WhatsApp tapi tiada jawapan, padahal dia baca. Saya tidak mendapat perhatian daripadanya. Saya bersikap terbuka,” ujar beliau lagi.

Noh antara nama yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Sebaliknya, BN menamakan Datuk Habibah Mohd Yusof sebagai pengganti Noh di Tanjung Karang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here