Ahmad Zahid langgar ketetapan Dewan Tertinggi BN – MCA

0
30
CHONG SIN WOON

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa mengaku menyerahkan surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang mendakwa gabungan itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, Ahmad Zahid membuat pengakuan itu setelah dipaksa berbuat demikian.

Kata Sin Woon dalam satu kenyataan hari ini, dua mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 22 Nov memutuskan perikatan tersebut tidak akan menyokong mana-mana Ahli Parlimen sebagai perdana menteri, pada ketika ini.

“(Namun) Dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam, MCA dan parti komponen BN lain menyoal kenapa Zahid tidak ikut ketetapan BN. Zahid pada mulanya menafikan, tetapi kemudian mengaku selepas ditunjukkan bukti.”

“Zahid tidak ikut keputusan bersama Dewan Tertinggi BN semalam, dan tidak menyampaikan dengan tepat ketetapan BN kepada Agong,” katnay dalam kenyataan tersebut.

Berikutan itu, MCA percaya Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN dan perlu meletak jawatan pengerusi, dan digantikan dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Hassan.

Sementara itu, laporan Malaysiakini menyebut Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebagai berkata, Ahmad Zahid menghantar surat menyokong Anwar kepada Istana Negara selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here