Akar umbi laung “Undur Zahid” desak Presiden UMNO berundur

0
31

KUALA LUMPUR – Laungan “Undur Zahid” bergema di Bangunan UMNO hari ini sebagai desakan akar umbi terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya meletak jawatan.

Menurut Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib, presiden parti perlu menggalas tanggungjawab di atas keputusan terburuk parti tersebut dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semalam.

“Dalam hal ini, Ahmad Zahid perlu ambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan BN untuk kali kedua dalam dua PRU berturut-turut untuk menjadi kerajaan yang dominan.

Beliau perlu ambil keputusan terhormat dengan mengundur diri sebelum MT (Majlis Tertinggi) UMNO mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here