Anak dedah Ismail Sabri rela dipecat, enggan bekerjasama dengan PH 

0
34
Tangkap layar yang dikongsikan di Instagram Story anak perempuan Perdana Menteri, Nina Sabrina.

KUALA LUMPUR – Anak perempuan Perdana Menteri, Nina Sabrina mendedahkan perbualan antara bapanya bersama pemimpin UMNO dalam sebuah kumpulan WhatsApp yang menyatakan kesedian beliau untuk dipecat selepas  Barisan Nasional (BN) mengumumkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). 

Tangkap layar yang dikongsikan di Instagram Story miliknya memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sedia dipecat dan tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan PH. 

“Saya sedia dipecat tetap tidak akan bersama PH,” menurut tangkap layar itu. 

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa juga berasa terharu dengan ketegasan ahli-ahli parlimen BN yang menolak kerjasama tersebut.

“Saya amat terharu dengan ketegasan ahli-ahli parlimen BN, khususnya Ismail Sabri, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein dan lain lain yang tegas, istiqamah mempertahankan keputusan Perhimpunan Agong Parti yang merupakan badan pembuat dasar tertinggi parti.

“Justeru saya selaku antara individu yang banyak terlibat dengan pelbagai keputusan dan dasar parti sekian lama, terutama, ketika menjadi Ahli Parlimen, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Setiausaha Agong parti, merasakan sampailah masanya pencerahan dibuat demi kepentingan ahli parti mengetahui perkara sebenar berhubung banyak perkara yang tidak di kongsikan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, selain Ismail Sabri ramai lagi ahli BN yang lain tidak mahu melakukan kerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk Bendahari BN, Hishammuddin Hussein. 

Pengerusi BN,  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan hasratnya untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan namun mendapat tentangan daripada ramai ahli parti BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here