Angka buktikan pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri tidak gagal

0
3
Ismail Sabri Yaakob . Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

SUNGAI SIPUT – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menilai semula prestasinya semasa memegang tampuk pemerintahan negara.

Ismail menyifatkan landskap politik dan ekonomi negara berada dalam keadaan huru-hara sepanjang tempoh Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Bahkan situasi itu katanya menyebabkan beliau terpaksa ‘mewarisi’ negara yang dalam kelam kabut dan memperbetulkan keadaan itu sebaik sahaja mengambil alih jawatan itu.

“Tidak berpijak di bumi nyata, tidak berfakta. Bagaimana mereka kata kita boleh gagal sebab dari segi KDNK kita meningkat setiap suku tahun

“Suku pertama kita dapat 5 peratus, suku kedua kita dapat 8.9 peratus, salah satu yang tertinggi di Asia Tenggara dan terbaharu suku ketiga adalah 14.2 peratus, tertinggi di Asia Tenggara.

“Kalau kata kita gagal, angka tak menipu. Angka jelas menunjukkan kita berjaya,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra bersama Keluarga Felda Lasah, di sini.

Ismail berkata, beliau berjaya menstabilkan politik dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan pembangkang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here