Angka korban nahas pesawat Tanzania meningkat kepada 19 orang

0
9

DAR ES SALAAM, Tanzania – Angka korban nahas pesawat Tanzania yang terhempas di Tasik Victoria meningkat kepada 19 nyawa pada Ahad.

Perdana Menteri Kassim Majaliwa, yang melawat lokasi nahas di pantai Tasik Victoria di daerah Bukoba, Kagera berkata, terdapat kemungkinan bahawa beberapa penumpang masih terperangkap dalam bangkai pesawat berkenaan.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (TCAA) memaklumkan bahawa penerbangan Precision Air dengan nombor pendaftaran 5H-PWF dalam perjalanan dari Dar es Salaam ke Bukoba itu mengalami masalah ketika melakukan pendaratan mendarat pada pukul 8.45 pagi waktu tempatan (0545 GMT), lapor Xinhua.

Dalam pada itu, pegawai perubatan wilayah Kagera, Isesanda Kaniki sebelum ini berkata, sekurang-kurangnya tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Pengendali pesawat malang itu, Precision Air memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pesawat itu membawa 39 penumpang termasuk 38 dewasa dan seorang bayi serta empat anak kapal sebelum terhempas di Tasik Victoria ketika menghampiri lapangan terbang Bukoba.

Pasukan penyiasat terdiri kakitangan teknikal Precision Air dan pakar penerbangan dari TCAA dihantar untuk menyertai pasukan penyelamat, kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here