Annuar Musa, Shahidan Kassim, Mastura dan Zahidi sah digugurkan, nasib Noh Omar belum dipastikan

0
135
Pengumuman calon yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Putra hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim sah digugurkan daripada bertanding masing-masing di kerusi Parlimen Ketereh dan Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Turut digugurkan ialah penyandang kerusi Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Putra sebentar tadi.

Tempat Annuar digantikan dengan Ketua Puteri UMNO Kelantan yang juga Ketua Puteri Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Bagi kerusi Padang Besar, Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan manakala Arau ditandingi Rozabil Abdul Rahman.

Selain itu satu lagi kerusi Parlimen di Perlis iaitu Padang Besar diwakili Fathul Bari Mat Jaya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid turut digugurkan.

Turut digugurkan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Adham Baba; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak); Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi) dan Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran).

Sementara itu, nasib penyandang kerusi Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan Jempol, Datuk Seri Salim Mohd Sharif masih belum dapat dipastikan apabila ia tidak diumumkan sebentar tadi.

Dua lagi kerusi yang tidak diumumkan ialah Bandar Tun Razak dan Kuala Pilah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here