Anwar dakwa ada lebih majoriti lebih besar bersama BN dan parti lain

0
26
Presiden BN, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menafikan khabar angin bahawa BN akan bergabung dengan PH.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang ini mengaku telah mengadakan perbincangan dengan perwakilan Barisan Nasional (BN) sekaligus memberi gambaran awal persetujuan membentuk kerajaan gabungan dengan BN.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau berpuas hati dengan rundingan bersama tujuh orang perwakilan dari BN dan telah memberi tumpuan kepada soal dasar pembentukkan kerajaan bersama.

“BN menetapkan tujuh orang untuk berunding dengan kita mengenai isu dasar dan kita tumpukan dan saya berpuas hati. Perbincangan lebih tertumpu kepada keperluan untuk mewujudkan satu kerajaan yang stabil, yang inklusif, menjaga kepentingan semua rakyat dan wilayah negara ini

“Kemudian kita juga meletakkan beberapa keutamaan dalam dasar pemerintahan terutama dalam memacu, membangun bidang ekonomi yang lebih menyakinkan.

“Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan ini dan komitmen yang ditunjukkan walaupun dari segi muktamadnya, BN memohon sedikit waktu kerana mereka mahu meneruskan sedikit lagi proses rundingan dengan semua pihak yang telah memohon berunding dengan mereka,” katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi gambaran penyertaan parti-parti lain dalam kerajaan gabungan yang mempunyai majoriti lebih besar itu.

“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Bersatu atau Perikatan Nasional (PN) sebelum ini. Kita mahu bagitahu pihak parti yang terlibat itu juga telah menghubungi kita kerana itu (pengumuman) dibuat sebelum ada perbincangan, rundingan dan ketetapan yang dibuat oleh masing-masing.

“BN juga akan membuat keputusan sebagai satu pasukan (endblock) yang menjadikan semua tandatangan yang dibuat sebelum itu terbatal.

“Jadi dengan itu, ia meletakkan kemungkinan menubuhkan kerajaan dengan majoriti yang lebih besar daripada yang kita jangka.

Menurut Anwar, BN sebelum ini menolak gabungan bersama PH kerana beranggapan kerajaan itu akan diperintah oleh DAP tanpa mengetahui bahawa PH adalah kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here