Anwar gesa Sarawak tarik balik larangan pemimpin PH masuki negeri itu

0
10
ANWAR IBRAHIM

CYBERJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya kerajaan negeri Sarawak menarik balik sekatan terhadap beberapa pemimpin PH daripada memasuki negeri itu.

Anwar berkata, langkah ini adalah bagi membolehkan mereka membantu calon-calon parti di Sarawak pada tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Saya berharap agar Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat memberi kelonggaran dan pertimbang untuk menarik balik larangan masuk ke atas beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tempoh kempen PRU15 adalah selama dua minggu, dan akan bermula pada 5 Nov setelah proses penamaan calon diselesaikan pada pagi itu.

Tarikh membuang undi pula adalah pada 19 Nov.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PH yang disenarai hitamkan daripada memasuki Sarawak adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Selain itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua turut dilarang memasuki Sarawak.

Tahun lalu, dua lagi pemimpin PH iaitu Datuk Ngeh Koo Ham darpada DAP dan pemimpin PKR, Wong Chen tidak dibenarkan memasuki negeri tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here