Anwar Ibrahim mulakan hari pertama sebagai Perdana Menteri, santuni penduduk Putrajaya 

0
38
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan penduduk setempat di food court Presint 8 di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

PUTRAJAYA – Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memulakan tugas pada hari pertama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. 

Beliau yang lengkap berbaju Melayu, bersampin dan bersongkok, sempat meluangkan masa untuk singgah makan tengah hari di Medan Selera Presint 8, di sini, hari ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di food court Presint 8 menjamu selera di sini, harini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Anwar tiba di medan selera terbabit kira-kira jam 12.20 tengah hari menaiki kereta jenis Vellfire hitam sebelum bertemu dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung dan peniaga.

Juadah nasi beriani kambing menjadi pilihan Perdana Menteri untuk santapan tengah harinya.

Peluang yang ada turut dimanfaatkan pengunjung untuk turut merakam foto kenangan bersama Perdana Menteri Ke-10 itu.

Perdana Menteri seterusnya menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini dan sempat beramah mesra dengan para jemaah yang hadir di masjid berkenaan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Masjid Putra menunaikan solat Jumaat di sini, harini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Terdahulu Anwar tiba kira-kira jam 9.52 pagi ini di Bangunan Perdana Putra, di sini bagi memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabatnya bagi menjalankan tugas pada hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri di sini, harini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here