Anwar tiba di Hotel Seri Pasific, adakan pertemuan bersama ahli Parlimen BN

0
253
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pasific untuk adakan pertemuan bersama ahli Parlimen BN

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hotel Seri Pasific di sini untuk mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Anwar yang tiba kira-kira pukul 10.30 pagi mengesahkan akan mengadakan mesyuarat berkenaan kepada pemberita yang berkumpul di hadapan hotel tersebut.

Difahamkan pertemuan itu bagi membincangkan kemungkinan kerjasama antara kedua-dua gabungan parti itu untuk membentuk kerajaan baharu.

Sejak semalam timbul dakwaan bahawa BN akan bekerjasama dengan PH bagi melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ini susulan kenyataan tegas Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa tiada pertemuan diadakan antara BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menyertai kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here