Anwar umum dapat sokongan dua pertiga selepas GRS sah sertai Kerajaan Perpaduan

0
770
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pejabatnya bagi menjalankan tugas pada hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri di sini, harini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya kini mendapat sokongan dua pertiga daripada ahli Parlimen selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi bersetuju menyertai gabungan itu.

Perdana Menteri berkata demkian dalam sidang akhbar yang dibuatnya di Bangunan Perdana Putra di sini sebentar tadi.

“Datuk Seri Hajiji Noor (Pengerusi GRS) memaklumkan GRS sudah secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan.

“Ini bermakna kekuatan kita sudah mencecah dua pertiga ahli Parlimen yang akan membawa kepada kestabilan politik negara dan kita boleh tumpukan perhatian dalam kerja-kerja untuk memperkukuh ekonomi dan membela nasib rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here