Anwar umum PH ada majoriti tubuh kerajaan

0
395
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) dalam satu sidang media di Grand Dorsett Subang Jaya di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Menurut Anwar, PH sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan.

Katanya, pakatan itu kini mempunyai majoriti melebihi 111 kerusi Parlimen untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

“PH parti dari blok terbesar memperoleh jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan suara majoriti.

“Kami mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila ada perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media, di sini.

Tambah Anwar lagi yang baru memenangi kerusi di Parlimen Tambun mendakwa, mustahil untuk Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here