Asyraf Wajdi sahkan pertemuan PN, BN di St Regis

0
44
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN),  Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki .

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN),  Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan pertemuan ahli Parlimen BN dengan wakil Perikatan Nasional (PN) di Hotel St. Regis hari ini adalah susulan 10 Statutory Declaration (SD) yang ditarik Dewan Tertinggi BN semalam. 

Beliau dalam satu kenyataa di Facebook berkata, pertemuan tersebut sepatutnya berlangsung pada dua hari lalu. 

“Kononnya, PN sudah cukup numbers, bilangan ahli-ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM. 

“Hinggalah apabila 10 SD yang ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini pukul 3.30 petang. 

“Itu pun selepas mereka dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong,” jelas Asyraf Wajdi. 

Tambah beliau lagi, Pakatan Harapan (PH) disifatkan lebih budiman atau ‘gentleman’ berbanding Perikatan Nasional (PN) berhubung kerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan. 

“PN pula cuba untuk mencuri 10 ahli Parlimen BN untuk menyokong pengerusi parti itu Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10,” ujarnya. 

Sementara itu, beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN malam ini. 

Ia sekaligus akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar BN menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan. 

“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah Nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan ya?” soal Asyraf Wajdi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here