Ban pecah, Pekan Tanjong Karang banjir 

0
40
Keadaan pekan Tanjong Karang pada pagi tadi. Foto – Facebook JBPM

KUALA SELANGOR – Pekan Tanjong Karang dilaporkan dinaiki air sedalam 1 meter susulan insiden ban pecah sekitar jam 4 pagi di sini pada Ahad.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, sebuah jentera bersama anggota dan bot dari Balai Bomba Tanjong Karang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 4.07 pagi.

“Dilaporkan berlaku ban pecah di kawasan Pekan Tanjong Karang dan berlaku limpahan air sungai ke kawasan sekitar pada kedalaman 0.5 meter.

“Limpahan air tidak melibatkan rumah penduduk setakat ini dan tiada pemindahan dilakukan,” katanya memetik laporan Sinar.

Tambahnya lagi, pasukan penyelamat memindahkan seorang warga emas berusia 70 tahun ke rumah jiran berdekatan susulan rumah wanita itu dinaiki air.

“Pada jam 5.45 pagi, ketua operasi melaporkan telah memindahkan sebuah keluarga berusia lingkungan empat hingga 70 tahun ke rumah jiran.

“Air mula menunjukkan trend menurun pada jam 6.30 pagi dan pihak bomba terus menjalankan pemantauan di kawasan sekitar,” ujar beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here