Bas masuk gaung, 18 pelajar UPSI cedera dihantar ke hospital

0
273
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

TANJUNG MALIM – Sebuah bas yang membawa kira-kira 60 pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terjatuh ke dalam gaung selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Behrang Stesen-Tanjung Malim, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon yang kebetulan melalui jalan itu, seramai 18 pelajar yang cedera dihantar ke Hospital Slim River.

“Kebetulan saya melalui Lebuhraya Behrang Stesen-Tanjong Malim menghala ke Kampus Baru UPSI, saya melihat ada kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar-pelajar UPSI.

“Saya dimaklumkan 18 pelajar telah dihantar ke Hospital Slim River dan yang selebihnya dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk menerima rawatan.

“Saya doakan semuanya berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya.

Terdahulu tular beberapa keping gambar kemalangan tersebut di media sosial.

Difahamkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku akibat kemalangan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here