Bayi dihempap pokok ru ketika berkelah meninggal dunia

0
11
Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru ketika berkelah

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang dihempap pokok ru bersama ibunya dilaporkan meninggal dunia setelah lebih enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka di sini hari ini.

Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.

Menurutnya, beliau dihubungi pihak hospital pada jam 1.30 pagi yang memaklumkan berita sedih tersebut dan berharap ibu bapa serta keluarga mangsa tabah dengan dugaan itu.

Adik Muhammad Zafran Ilman Mohd Syazwan, mangsa dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Semalam, kegembiraan lima beranak berkelah di pantai bertukar duka selepas dua daripada mereka termasuk bayi berusia setahun lima bulan cedera dihempap sebatang pokok ru di Pantai Puteri, Tanjung Kling.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mengakibatkan seorang bayi lelaki dan ibunya dihempap pokok yang tumbang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here