Bekas PM Pakistan cedera ditembak

0
24

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilaporkan cedera dalam satu insiden tembakan di Gujranwala, hari ini.

Menurut media tempatan, beliau ditembak oleh seorang penyerang ketika dalam perarakan protes menuju ke Islamabad.

Imran yang mengalami kecederaan di kaki, kemudian dihantar ke hospital bagi mendpatkan rawatan.

Sumber keselamatan menyebut, suspek kejadian berjaya ditahan.

Sewaktu kejadian, Imran difahamkan sedang berdiri di atas sebuah trak kontena sambil melaungkan ucapan protes menentang kerajaan Shehbaz Sharif.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan di media sosial, Imran ditembak beberapa minit selepas keluar dari sebuah kereta jenis SUV berwarna hitam dan sedang berucap di atas bumbung trak.

Insiden yang berlaku kira-kira 200km dari Islamabad itu turut mengimbau peristiwa hitam yang berlaku melibatkan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto yang ditembak mati sewaktu satu perhimpunan pada 2007.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here