Belum ada kerajaan, Perdana Menteri baharu – Anwar

0
23

KUALA LUMPUR – Belum ada mana-mana individu dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu, kata Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, beliau sudah mempersembahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokongnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya sudah persembahkan kepada baginda.

“Kita tunggu bila baginda akan buat keputusan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus menyembah menghadap baginda di Istana Negara, hari ini.

Berita lanjut menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here