Bentuk kerajaan BN PN: Tunggu keputusan MKT UMNO pukul 3 petang esok – Arman Azha

0
161
Arman Azha

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebarang keputusan berhubung pembentukan kerajaan baharu melibatkan Barisan Nasional (BN) bersama parti lain akan diputuskan esok.

Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat oleh MKT UMNO.

“Apa pun keputusan bergantung kepada mesyuarat MKT esok pukul 3 petang,” katanya kepada Malakat Tribune selepas keluar dari Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.

Terdahulu beberapa keputusan mengejutkan berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila Perikatan Nasional (PN) menunjukkan prestasi yang baik sehingga berjaya merampas beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat BN.

Setakat pukul 12.30 malam ini, PN mendahului dengan berjaya memperoleh 35 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 33 kerusi, GPS (20), BN (16), GRS (4) dan Warisan (2).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here