Billboard wajah Ismail Sabri jadi pilihan netizen

0
20

CYBERJAYA – Billboard Keluarga Malaysia yang memaparkan wajah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat menjadi pilihan ramai netizen di aplikasi TikTok berbanding papan iklan dengan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Billboard bersaiz mega yang dipasang sederet dengan iklan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu boleh dilihat di sepanjang lebuh raya.

Video tersebut dimuat naik seorang pengguna TikTok, Gorilla Mango, semalam dengan kapsyen ‘Perang billboard, ampa (anda) pilih siapa?’.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan tanda tidak bagus kepada billboard Presiden PKR, manakala tanda bagus terhadap billboard Ismail Sabri yang juga calon kerusi Parlimen Bera.

Seorang netizen, Arilmahazir berkata, dia berasa takut bila melihat billboard Anwar.

Seorang lagi netizen, Hanifazizi00 berkata, “Keluarga Malaysia selamanya.”

“Sokong BN, sokong Ismail Sabri,” kata Kristineloh45.

“Ismail Sabri the best,” menurut Cap Kaki Lima.

Billboard Ismail Sabri juga menerima banyak emoji berbentuk hati berwarna biru menunjukkan sokongan netizen terhadap BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here