BKM terbukti ringankan beban rakyat, harap diteruskan pada masa akan datang

0
19
Peniaga tempatan, Amru Asari.

SUNGAI BULOH – “Bagi saya Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini adalah satu perkara yang baik,” demikian kata salah seorang peniaga tempatan yang ditemui di sini, hari ini.

Menurut Amru Asari, bantuan BKM ini penting terutamanya bagi golongan B40 yang terjejas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bantuan ini (BKM) dapat meningkatkan kuasa beli rakyat . Bagi mereka yang berkemampuan mungkin bagi diorang kurang relevan. Tapi ramai juga yang terjejas sangat-sangat mengharap bantuan daripada kerajaan mesti,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Tinjauan Malakat Tribune juga mendapati, mereka yang bakal menerima BKM ini kebanyakkannya merasakan bantuan tersebut sangat penting bagi menambah pendapatan mereka.

Mengulas lanjut, Badrul Munir Rosli, pekerja swasta, berkata, dia menganggap bantuan tersebut adalah ‘hadiah’ daripada kerajaan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Pekerja swasta, Badrul Munir Rosli.

“Benda ini amat bagus sebagai rakyat biasa. Kita anggap benda itu sebagai satu hadiah daripada kerajaan kepada rakyat dan kita anggap benda ni satu rezeki sebab semua orang ada komitmen nak bayar kereta, bayar rumah dan makan pun tidak menentu sebab sekarang harga karipap pun satu RM1.

“Macam saya kerja makan gaji pendapatan pun tetap dan kalau ada buat kerja lebih masa tu barulah ada duit lebih sikit jadi dengan bantuan ini dapatlah membantu sedikit,” ujarnya.

Ditanya mengenai persepsi sesetengah orang yang merasakan bantuan ini tidak penting, Fariz Akmal berkata, BKM tersebut penting bagi golongan peniaga kecil dan mereka yang berkerja sendiri.

Peniaga tempatan, Fariz Akmal.

“Itu untuk orang yang mampu boleh la cakap macam itu, untuk peniaga kecil dan makan gaji mengharapkan bantuan memang memerlukan bantuan ini,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan akan mempercepatkan BKM Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 tersebut adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here