BN hormati keputusan rakyat, sedia ketepikan perbezaan wujudkan kerajaan stabil – Zahid Hamidi

0
171
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat yang diterjemahkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menganggap bahawa keputusan PRU15 ini merupakan suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat.

“Namun begitu, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini.

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini.

“Dalam masa yang terdekat BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti kami terutama sekali untuk menangani cabaran semasa dan lebih memahami keperluan generasi baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here