BN menang besar jika KJ diumumkan TPM

0
22
Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin

PUTRAJAYA – Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berpendapat UMNO akan mendapat kemenangan besar sekiranya mengumumkan Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum Ke 15 nanti.

Beliau berkata, populariti Menteri Kesihatan itu bukan sahaja mampu menarik undi dalam kalangan golongan muda malah memberi jaminan perubahan dalam parti itu.

“Saya melihat bagaimana Khairy begitu diterima orang Sungai Buloh seolah-seolah kini hanya Sungai Buloh yang ada pilihan raya.

“Ini jelas, kenapa KJ (Khairy) diterima oleh setiap golongan lapisan masyarakat. Ini adalah kerana kejayaan luar biasa beliau di setiap kementerian yang diterajuinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muqharabbin berkata demikian sebagai mengulas sambutan orang ramai dan nitizen kepada ucapan Khairy semasa berkempen di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, malam tadi.

Dalam ucapan itu, Khairy memberi gambaran bahawa beliau bukan setakat mahu menang di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU 15 ini tetapi mahu memimpin BN dan menjadi Perdana Menteri apabila masanya tiba.

Muqharabbin berkata, Khairy sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kewibawaan dan pengaruh mampu menarik kepercayaan rakyat kepada pemimpinan BN.

Saya yakin, seandainya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sudah diputuskan parti sebagai Perdana Menteri, berani dan yakin meletakkan Khairy sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. Saya percaya sepenuhnya dengan izin Allah SWT BN akan menang besar.

“Ini kerana negara akan dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa di peringkat lokal, bahkan juga antarabangsa,” katanya.

Khairy yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau sebelum ini mengekalkan kemenangan 3 kali PRU di parlimen berkenaan.

Di Sungai Buloh, Khairy berdepan dengan calon PKR yang sebelum ini memenangi kerusi itu dengan 26,000 majoriti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here