BN putuskan kekal sebagai pembangkang, tak sokong PH ataupun PN – Ismail Sabri

0
38
Tweet Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.

“Seperti yang saya janjikan semalam bahawa saya tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) walau apa yang jadi sekalipun.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah buat keputusan bahawa kita tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong PH mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu Dewan Tertinggi BN bermesyuarat di Bangunan UMNO di sini sebentar tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here