BN rampas kerusi Tampin, Kuala Pilah di samping pertahan 3 kerusi Parlimen di Negeri Sembilan

0
29
Bendera parti Barisan Nasional. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) berjaya merampas dua kerusi daripada pembangkang iaitu Kuala Pilah menerusi Datuk Adnan Abu Hassan dan Tampin melalui Datuk Esam Mohd Isa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, BN juga berjaya mempertahankan tiga kerusi Parlimen di Negeri Sembilan iaitu Rembau menerusi Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Parlimen Jelebu menerusi calon BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Jempol melalui Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan BN dapat kembali menguasai lima daripada lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Negeri Sembilan.

Tiga lagi kerusi iaitu Seremban, Rasah dan Port Dickson masing-masing dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH).

Kejutan besar berlaku kepada Mohamad apabila memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti yang besar iaitu 19,897 undi biarpun bertanding buat kali pertama bagi kerusi Parlimen.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengarah Pilihan Raya BN itu memperoleh 53,075 undi untuk mengenepikan empat pencabar lain iaitu Jufitri Joha daripada PH, Mohd Nazree Mohd Yunus (Perikatan Nasional), S Tinagaran (Parti Sosial Malaysia) dan Ramly Awaluddin (PEJUANG).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here