Bukan Annuar Musa, PN calonkan bekas ketua perisik tentera di Parlimen Ketereh

0
190

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) Kelantan mencalonkan Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor sebagai calon Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus menamatkan spekulasi Tan Sri Annuar Musa akan bertanding di Parlimen berkenaan menggunakan tiket PN.

Pengisytiharan calon PRU15 itu dibuat Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, menurut laporan BH Online.

Khlir yang juga bekas Ketua Perisikan Tentera Darat anak kelahiran Kampung Kubang Kiat, Ketereh.

Media sebelum ini melaporkan, Annuar memberi bayangan tetap akan bertanding di Parlimen Ketereh, namun menggunakan tiket parti lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here