Calon Melayu jadi senjata DAP dalam PRU-15

0
12
Abdul Hadi Awang

LARUT – Orang Melayu di negara ini diingatkan tidak melupakan tektik licik pemimpin parti PAP di Singapura yang meletakkan calon-calon Melayu sebagai ‘kuda tunggangan’ untuk berkuasa.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, DAP yang dibentuk daripada parti PAP selepas Singapura keluar dari Malaysia akan menggunakan strategi yang sama untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15), Sabtu depan.

“DAP sanggup mengemukakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan meletakkan calon-calon Melayu bertanding. Pengundi Melayu kena faham bahawa ini adalah taktik politik.

“Meletakkan Anwar bertanding di Perak… nak jadikan Perak seperti Singapura?… jangan. Ini taktik pernah digunakan PAP Singapura yang menonjolkan Yusof Ishak untuk menjadi Presiden Singapura,” katanya pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional Parlimen Larut di Selama, Perak, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, berdasarkan perkembangan politik orang Melayu yang semakin banyak berpecah ketika ini, tektik mencalonkan pemimpin Melayu dan berkempen mengambil hati orang Melayu menjadi senjata paling berkesan DAP ketika ini.

Katanya, semua itu sanggup dilakukan oleh DAP untuk mencapai cita-cita ekstrem parti itu dalam PRU-15 dan akan tiba masanya orang Melayu akan ditindas dalam pakatan politik DAP.

“Menteri-menteri Melayu ditonjolkan untuk menawan Singapura. Lee Kuan Yew boleh baca Jawi, pakai songkok. PAP ini ditubuhkan masa Singapura masuk Malaysia. Bila Singapura keluar Malaysia, PAP ditukar jadi DAP,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata kedegilan sesetengah pemimpin UMNO terutama Majlis Tertinggi menerima Bersatu telah menggagalkan perpaduan ummah yang dibentuk menerusi Muafakat Nasional.

Sebaliknya, pemimpin UMNO sanggup pula untuk bersekongkol dengan Anwar serta DAP di bawah khemah besar untuk membentuk kerajaan di Perak.

Abdul Hadi berkata, ada pemimpin UMNO meminta kepada Kerajaan Perikatan Nasional supaya kesnya digugurkan, seperti dilakukan PH apabila mentadbir negara.

Menurutnya apabila tidak dilayan, mereka menarik sokongan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional dan mahu mengadakan pilihan raya segera kerana “nak kejar dengan kes mahkamah”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here