Calon PH Padang Serai meninggal dunia

0
317

CYBERJAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai, M. Karupaiya dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Difahamkan, mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kematian Karupaiya diumumkan oleh Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, sebentar tadi.

“Dengan rasa penuh hiba dan dukacita saya memaklumkan bahawa sdr Karupaiya A/L Mutusami, mantan Ahli Parlimen Padang Serai merangkap calon Pakatan Harapan bagi P.017 Padang Serai telah meninggal dunia hari ini.

“Mewakili seluruh keluarga besar KEADILAN dan Pakatan Harapan, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mendiang. Pemergian mendian satu kehilangan besar kepada parti dan perjuangan Reformasi,” kata Saifuddin dalam kenyataan itu.

Mendiang merupakan bekas Pegawai Waran 1, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menyandang jawatan sebagai Ketua Cabang KEADILAN Padang Serai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here