Calon PN meninggal dunia, pengundian DUN Tioman ditangguhkan

0
20

KUANTAN – Pengeluaran kertas undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman ditangguhkan hari ini susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md. Yunus Ramli, awal pagi tadi.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli yang memaklumkan perkara itu berkata pengundian, bagi Parlimen proses Rompin dan dua lagi DUN di bawahnya iaitu Muadzam Shah dan Bukit Ibam bagaimanapun berjalan seperti biasa.

Allahyarham Md. Yunus

“Status DUN Tioman akan disahkan
oleh ibu pejabat SPR dan perkembangan berkaitan tarikh baharu juga mereka akan buat,” katanya hari ini.

Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin pada 3.30 pagi tadi.

Allahyarham daripada PAS yang juga Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman sebelum ini pernah bertanding di DUN sama pada pilihan raya umum 2018.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here