Cef Casa de Madani ke Piala Dunia 2022

0
319
AZIZAN

CYBERJAYA – Restoran fine dining halal Casa de Madani menerima penghormatan tertinggi apabila dua daripada cefnya akan ‘beraksi’ di temasya Piala Dunia 2022 di Doha, Qatar.

Menurut Master Cef Azizan Shukri, beliau dan Sous Cef Mohd. Jailani Hamzah, akan ke negara tersebut pada Isnin depan bagi menganggotai barisan tukang masak yang akan bertugas sepanjang temasya tersebut.

“Insya Allah, saya dan Jailani akan ke Doha pada minggu depan.

JAILANI

“Tugas kami adalah memasak hidangan bagi pasukan yang mengambil bahagian dalam temasya itu,” kata Cef Azizan.

Untuk rekod, ini bukanlah pertama kali Cef Azizan diberi peluang sebegini, kerana sebe,um ini, beliau turut bertugas di beberapa temasya lain seperti Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan pada 2018, dan Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019 di Tokyo.

“Jemputan ini merupakan satu penghargaan kepada Casa de Madani, satu perakuan bahawa restoran ini mempunyai cef yang berkemahiran tinggi dan bertaraf dunia,” kata Cef Azizan lagi.

Beliau menambah, sepanjang temasya berkenaan, beliau akan menyelia kira-kira 100 cef dari seluruh dunia.

Sementara itu, bagi Jailani pula, peluang ini merupakan satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan.

“Sudah tentu, pengalaman ini amat berharga.

“Selain berpeluang berjumpa dengan pemain bola sepak ternama dunia, saya juga akan bertugas dalam kalangan cef lain bertaraf dunia. Moga pengalaman ini dapat saya manfaatkan bagi menaikkan lagi nama Casa de Madani nanti,” kata Jailani.

Temasya Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Doha, Qatar pada 20 Nov hingga 18 Dis, di mana 32 pasukan terbaik daripada wilayah benua masing-masing akan bersaing merebut tempat sebagai juara dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here