Dakwaan salah laku undi pos di Parlimen Bera, buat laporan kepada SPRM – SPR

0
19
Bangunan SPR di Putrajaya

CYBERJAYA – Pihak yang mempunyai bukti bahawa berlaku kegiatan sogokan atau rasuah semasa proses pengundian pos di kerusi Parlimen Bera diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu ditegaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“SPR menegaskan sekiranya terdapat perbuatan sogokan atau rasuah semasa proses ketika pengundian pos di Parlimen P.090 Bera sebagaimana didakwa, pengadu yang mempunyai maklumat atau bukti disarankan untuk melaporkan kepada pihak SPRM,” kata kenyataan ringkas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here