Dakwaan sulitkan pengundi pulang mengundi terbukti tidak benar – PM 

0
8
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob Program Santai Anak Muda di Driving Range Puncak Alam di sini, malam tadi. 

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob, membidas tuduhan yang dilemparkan pembangkang kononnya ada cubaan daripada kerajaan untuk menyulitkan pengundi untuk tidak pulang mengundi dengan memberikan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini. 

Katanya, hari kelepasan am itu bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

“Di peringkat awal pembangkang cuba buat fitnah dengan mengatakan kita(kerajaan) cuba menyulitkan pengundi balik mengundi.

“Ada juga mengatakan kita akan buat PRU waktu Hari Pekerja supaya ramai tak balik mengundi tetapi sebaliknya kita mempermudahkan lagi mereka mengundi.

“Contoh kita bagi dua hari cuti pada Jumaat dan Sabtu supaya semua pekerja swasta dan kerajaan boleh pulang mengundi,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Program Santai Anak Muda bersama calon Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Driving Range Puncak Alam di sini, malam tadi. 

Dalam pada itu, Ismail yang juga calon Parlimen Bera, berasa terkejut dengan sambutan luar biasa daripada penyokong calon Parlimen Kuala Selangor itu. 

Katanya, beliau yakin kemenangan bakal berpihak kepada Tengku Zafrul selepas melihat sokongan yang luar biasa diberikan oleh penduduk di sini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob (kiri) bersama calon Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam program Santai Anak Muda di Driving Range Puncak Alam di sini, malam tadi. 

“Saya terkejut dengan sambutan yang begini hebat saya percaya apa yang digambarkan pada malam ini itulah yang menjadi undi kepada Tengku Zafrul. 

“Saya juga yakin mereka yang datang pada malam ini untuk menunjukkan sokongan terhadap Tengku Zafrul dan saya yakin Tengku Zafrul akan menang di sini(Kuala Selangor),” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, bagi mereka yang bakal mengundi awal esok diharapkan untuk membuat keputusan yang tepat dengan mengundi BN.

“Untuk pengundi awal esok saya harap mereka buat keputusan yang tepat. Saya sudah katakan bahawa peluang telah diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara tapi mereka gagal. 

“Rakyat bergantung kepada manifesto yang mereka janjikan tapi semua manifesto yang mereka janjikan tidak dapat ditunaikan. Mereka perlu membuat perbandingan semasa BN memerintah dan PH memerintah,” ujarnya lagi. 

Tambahnya lagi, beliau yakin penjawat awam akan mengundi BN selepas mereka dikecewakan sewaktu pemerintahan PH 

“Bagi kakitangan kerajaan saya lihat sokongan penjawat awam pada BN adalah tinggi kerana waktu PH memerintah mereka berpendapat penjawat awam perlu dikurangkan dan ketika itu juga mereka mahu kaji pencen dan sebagainya. 

“Mereka (penjawat awam) merasakan sewaktu dengan PH mereka tiada pembelaan berbanding dengan BN yang beri pelbagai insentif dan hari ini saya umumkan cuti pagi dan gaji awal daripada tempoh sepatutnya. Saya yakin esok penjawat awam akan undi BN,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here