DAP mohon maaf kepada Premier Sarawak

0
31
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – DAP memohon maaf kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Terdahulu Siew Fook membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak itu di kediaman beliau di Kuching.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Premier Sarawak, Prof. Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian.

Dalam pada itu, Siew Fook berkata, pihaknya juga berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here