Dewan Pemuda Pas pertahan kenyataan Abdul Hadi

0
35
Abdul Hadi Awang

BANGI – Dewan Pemuda PAS hari ini mempertahankan kenyataan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan DAP sebagai parti ekstrim yang mempromosikan Islamofobia.

Naib Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu berasaskan fakta yang menunjukkan perlakuan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang menolak asas Perlembagaan Persekutuan, bersikap Islamofobik dan rasis.

Memetik kenyataan disiarkan Harakahdaily hari ini, Hanafi menyenaraikan beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP sebelum ini.

“Sehingga kini, DAP masih berpegang pada Deklarasi Setapak yang berhasrat mengubah status Bumiputera dalam Malaysia. Deklarasi tersebut tidak ditarik balik sehingga kini.

“Gesaan Senator Lantikan DAP, Nga Hock Cheh pada April 2019 untuk menggugurkan status kaum termasuk status Islam pada MyKAD, kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.

“Pendirian Ngeh Koo Ham pada tahun 2014, yang menyatakan hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam. Sehingga kini kenyataan tersebut tidak ditarik balik.

“Kenyataan Nga Kor Ming pada 14 November lalu sewaktu kempen PRU-15, yang menyatakan gabungan PN sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan PAS berkenaan kawalan aktiviti maksiat.

“Kenyataan tokoh besar DAP, Lim Kit Siang pada Oktober lalu yang menyebut Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia,” katanya.

Menurut Hanafi, semua kenyataan dan pendirian itu, jelas menunjukkan “sifat malignan DAP terhadap fabrik sosial negara”.

Semalam, Hadi Awang mendakwa demi kepentingan politiknya, DAP yang tidak berakidah dan tidak bermoral mula menunjukkan belangnya secara terbuka dan rakus.

Susulan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, jika benar DAP seperti apa yang dituduh, PAS seharus membuat laporan polis supaya pihak berkuasa boleh bertindak.

Sambil menggesa PAS dan pemipinnya supaya menghentikan supaya menghentikan penyebaran dakyah berbaur kebencian, dan kepalsuan, Fahmi mengingatkan parti itu supaya mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong agar rakyat merapatkan saf demi masa depan Malaysia.

“Tak perlu tunggu Presiden PAS membuat laporan polis pun, rakyat sendiri sudah lama melaporkan perbuatan dan tindak-tanduk DAP untuk diambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” kata Hanafi.

Dia seterusnya menyebut tentang laporan polis oleh NGO Islam pada 22 Februari lalu terhadap pemimpin DAP, P Ramasamy ke atas Majlis Agama Islam Perlis.

Ia ekoran kenyataan yang dibuat timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu mengenai isu penukaran agama unilateral dan hak penjagaan tiga anak seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Sehubungan itu, pemimpin Pemuda PAS itu berkata, apa yang disebut oleh Hadi bukanlah suatu fitnah, dan presiden PAS itu hanya menyatakan perkara sebenar yang berlaku.

“Kebenaran itu pahit untuk ditelan. Namun sepahit mana kebenaran itu, ia harus diakui,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here