Digugurkan di Ketereh, Annuar Musa ambil sikap berlapang dada

0
40
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa yang digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh mengambil sikap berlapang dada dengan menerima calon baharu di kawasan itu.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia mengucapkan maju jaya kepada semua calon bertanding.

“Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) serentak mengumumkan senarai calon PRU15 masing-masing malam ini.

“BN menyenaraikan calon pilihan Presiden Umno. Sudah tentulah segala kepandaian dan kebijaksanaan telah dikerah untuk memilih calon terbaik yang diyakini akan membawa kemenangan kepada BN.

“Saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua mereka yang telah terpilih menjadi calon,” katanya.

Terdahulu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tempat Annuar digantikan dengan Ketua Puteri UMNO Kelantan yang juga Ketua Puteri Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

Khabar angin nama Annuar tidak dicalonkan semula bertiup kencang sejak beberapa hari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here