Diva AA tarik diri di Gombak, Azmin Ali hadapi pertandingan 6 penjuru

0
12

GOMBAK – Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku penyandang kawasan itu dicabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dari Pakatan Harapan (PH), calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zurkanain Omardin, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Aziz Jamaludin Mhd Tahir, dan calon bebas, Zulkifli Ahmad.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Azlena Abdul Aziz mengumumkan senarai calon yang bertanding pada 10.46 pagi tadi selepas proses penamaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, ditutup 10 pagi.

Terdahulu, adik kepada Azmin, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang hadir ke pusat penamaan calon untuk bertanding menentang abangnya, membuat keputusan menarik diri pada saat-saat akhir.

Dalam pada itu, ebih 3,000 penyokong parti bertanding berkumpul di perkarangan kompleks itu sejak proses penamaan calon bermula.

Pada 2018, bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin ALi menang dengan majoriti 48,721 undi. Bagaimanapun, beliau dipecat PKR pada Februari 2020 kerana mengkhianati parti dan kemudian menyertai Bersatu, pada Ogos tahun sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here