Dr. Maszlee dihalau ketika cuba berkempen

0
41

KLUANG – Calon Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik dihalau seorang lelaki warga tempatan ketika cuba berkempen di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sungai Linau, Simpang Renggam, pagi tadi.

Video kejadian yang menjadi tular di media sosial menunjukkan, lelaki berkenaan menjerit menyuruh Dr. Maszlee pulang.

Tangkap layar video kejadian yang dimuat naik di media sosial.

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditenangkan oleh dua anggota polis yang bertugas di situ.

Selepas lelaki itu ditenangkan, datang seorang lagi warga emas yang juga tidak membenarkan Dr Maszlee berkempen di situ dan memintanya pulang.

“Kita ikut undang-undang, malam tadi sudah cakap, politik tidak dibenarkan datang (berkempen di dewan itu),” kata warga emas tersebut sebelum Dr Maszlee mencelah dan memberitahu banyak yang sudah dilakukan di Simpang Renggam.

Dr. Maszlee berkata, beliau sudah hampir lima tahun berkhidmat di Parlimen itu dan antara yang sudah diselesaikan masalah air dan sampah selain membawa restoran makanan segera McDonald’s di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun lelaki warga emas tersebut masih tidak mahu mendengar penerangan dan menyuruh penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam itu pulang sebelum Dr. Maszlee dirakam sebagai berkata “Inilah perangai UMNO.”

Pada PRU15, Dr. Maszlee akan berdepan Pengerusi UMNO dan BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, Mohd Fazrul Kamat (Perikatan Nasional) serta Kamal Kusmin (Gabungan Tanah Air).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here