Dua TPM dalam Kabinet baharu?

0
34

CYBERJAYA – Kabinet Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk difahamkan mempunyai dua timbalan perdana menteri.

Laporan portal FMT yang memetik sumber berkata, timbalan perdana menteri yang akan dilantik itu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional (BN), khususnya Umno.

Parti PKR, UMNO, DAP dan GPS berkemungkinan diberi jawatan menteri paling banyak, manakala Warisan, Amanah dan Upko juga dijangka menganggotai barisan kabinet.

Sumber itu turut dipetik sebagai berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai Jemah Menteri esok.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10, Khamis lalu.

Khabar angin sebelum ini menyebut, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang juga dikenali sebagai Tok Mat, dikatakan bakal mengisi satu daripada dua jawatan timbalan perdana menteri.

Terdapat juga khabar angin mengatakan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam Jemaah Menteri Anwar.

Anwar bagaimanapun, digesa supaya tidak menyenaraikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen lain yang berhadapan kes mahkamah yang sedang berjalan, termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta yang lain.

Bagaimanapun, semalam, bekas naib presiden PKR Tian Chua berkata, Zahid memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan, yang akhirnya menyaksikan Barisan Nasional (BN) bersetuju bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), sebelum gabungan dan parti lain menyusuli selepas itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here