Gempa bumi gegarkan Turkiye

0
7
Kemusnahan akibat gempa bumi di Duzce, hari ini.

ISTANBUL – Satu gempa bumi kuat berukuran 6 skala Richter mengegarkan barat Turkiye berhampiran bandar Duzce, kira-kira 210 kilometer dari Timur Istanbul.

Dalam gegaran yang dirasai di Istanbul dan Ankara itu, 35 dilaporkan cedera manakala sebahagian daripada mangsa dilaporkan terjun dari balkoni rumah.

Gegaran berpusat pada kedalaman 2 hingga 10 kilometer itu juga menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa wilayah.

Gegaran kuat yang pertama disusuli dengan satu lagi gegaran berukuran 4.7 skala Richter kira-kira 20 minit kemudian.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyam Soylu memaklumkan masih tiada laporan mengenai kehilangan nyawa setakat ini.

Duzce pernah ditimpa gempa bumi terbesar pada tahun 1999 mengorbankan 845 nyawa.

Pada tahun yang sama, satu gempa bumi berlaku kira-kira 100 kilometer dari Duzce iaitu bandar Izmit mengorbankan 17,000 sekaligus menyebabkan bangunan-bangunan di kawasan terbabit dalam keadaan tidak selamat dan perlu dibina semula..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here