Geng Ustaz seru masjid, surau laksanakan solat sunat khusuf malam esok

0
12

CYBERJAYA – Geng Ustaz menyeru semua semua masjid dan surau supaya mengadakan solat sunat khusuf gerhana bulan pada malam esok dan berdoa supaya negara kita diberi kesejahteraan dan kebaikan.

Solat sunat gerhana bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain.

namun apa yang membezakannya adalah surah al-Fatihah dibacakan sebanyak empat kali, empat kali ruku’, dan 4 kali sujud dalam dua rakaat tersebut.

Turut disunatkan membaca dua khutbah selepas solat sunat tersebut sebagaimana du khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarak.

Fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku esok akan dapat dilihat di negara ini.

Untuk rekod, di Malaysia, fenomena gerhana bulan penuh ini berlaku bermula pada pukul 4.02 petang dan berakhir pada pukul 9.56 malam waktu tempatan.

Menurut Agensi Angkasa, bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada pukul 9.56 malam.

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak pula, fenomena tersebut dapat dilihat apabila bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here