GPS serah kepada kebijaksanaan YDPA

0
36

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bagi melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara.

GPS berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia daripada gabungan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendakhlah dihormati.

Oleh itu, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang Di- Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada Baginda dalam Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara,” katanya dalam kenyataan itu.

GPS kemudiannya menegaskan, kepentingan negara perlu diutamakan, dan penubuhan kerajaan yang stabil mesti mengambilkira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here