Hanya BN sahut aspirasi Digitalisasi Nasional seperti diumum dalam manifesto PRU

0
71
10 Teras Manifesto BN

PELANCARAN Manifesto Pelan Amal dan Usaha (PADU) Barisan Nasional (BN) semalam tampil membezakan parti itu dengan komponen lain.

PADU telah menyahut rancangan dan hala tuju pembangunan 5G negara untuk merapatkan jurang digital dan meneroka keupayaan digital masyarakat melalui ekonomi digital bersama Digital Nasional Berhad (DNB).

Pemerkasaan agenda pendigitalan pendidikan akan dilakukan secara besar-besaran. BN akan memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks yang akan menyaksikan pembelajaran berlangsung menggunakan laptop atau komputer riba.

Untuk itu, dua inisiatif besar BN untuk perkara ini adalah memberi komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan Internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan.

Bermaksud, semua sekolah akan mendapat akses 5G menjelang Julai 2024, lebih pantas dari sasaran DNB untuk keseluruhan populasi negara sebelum ini. Keutamaan ini sewajarnya diberikan kepada anak-anak di bangku persekolahan untuk menerima manfaat pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan.

Pada November 2021, Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa 80 peratus kawasan di seluruh negara akan menerima liputan 5G menjelang 2026. Kini, BN hadir dengan penelitian baharu untuk mempercepat akses 5G ke seluruh populasi negara (100 peratus) hanya dalam tempoh 30 bulan.

Agenda yang serupa tidak diketengahkan dalam Manifesto PH (Tawaran Harapan) manakala Perikatan Nasional (PN) juga tidak mengumumkan pembangunan 5G yang khusus dalam manifesto mereka.

Menurut pandangan ahli akademik dan pakar, PADU adalah manifesto yang realistik memandangkan ia selari dengan status quo pembangunan negara dan dijangka BN dapat melaksanakan 10 Teras yang dijanjikan.

Di pihak rakyat, agenda pemerkasaan ekonomi digital dan transformasi pendidikan sudah pasti adalah satu keperluan untuk mendepani perubahan iklim ekonomi dan kemajuan teknologi.

Setakat September 2022, liputan internet berkelajuan tinggi 5G mencapai 27 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara apabila 1,648 atau 41.2 peratus daripada 4,000 tapak siap dibangunkan.

Oleh Osman Safee
Aktivis Politik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here