Hanya tunjukkan jari berdakwat, dapat nasi lemak dan teh o percuma

0
10

CYBERJAYA – Pihak Malakat Mall akan mengadakan promosi istimewa bagi meraikan para pengundi yang telah melaksanakan tanggung jawab mereka membuang undi, Sabtu nanti.

Dengan hanya menunjukkan jari yang sudah dicelup dakwat, pengundi yang membuat belian makanan di Tea Amo Cafe akan turut menerima sebungkus nasi lemak dan minuman teh o secara percuma.

Tawaran ini hanya sah pada 19 Nov bagi semua individu yang telah selesai membuang undi dan sementara stok masih ada.

“19 November siapa yang dah mengundi terus singgah Tea Amo Cafe , kami nak belanja anda nasi lemak dan teh o secara percuma!” kata jurucakap restoren Tea Amo dalam satu hantaran di laman rasmi Facebook Malakat Mall, hari ini.

Untuk rekod, bandar Cyberjaya berada dalam kawasan Parlimen Sepang.

Bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kerusi Sepang menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di antara Datuk Seri Rina Harun dari Perikatan Nasional (PN), Datin Che Asmah Ibrahim dari Gabungan Tanah Air (GTA), Anuar Basiran mewakili Barisan Nasional (BN), Raj Muni Aiman Athirah yang bertanding di atas tiket Parti Harapan (PH).

Selain itu, turut bertanding adalah
Datuk Mohd Daud Leong (Parti Utama Rakyat), Mohd Syahrul Amri Mat Sari (Parti Bahtera Sejahtera), dan calon Bebas, M Muneswaran Muthiah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here