Hentikan spekulasi, Ismail Sabri kekal calon PM BN – Zahid Hamidi

0
6
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

MELAKA – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, keputusan tersebut sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan ketika BN sedang berkempen untuk menang pada PRU kali ini.

“Apabila UMNO dan BN buat keputusan, kita akan terus komited untuk menentukan bahawa nama perdana menteri kita adalah perdana menteri yang sedang melakukan tugas dengan baik di Putrajaya.

“Jangan timbul spekulasi dan ramalan… jangan cucuk mencucuk dalam kalangan kami kerana kami ‘tiada masalah langsung’,” katanya memetik laporan Bernama hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan perjumpaan bersama calon, jentera dan penyokong BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak, Sungai Udang di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here