Hospital Cyberjaya manfaatkan penduduk Sepang

0
17
Menteri Kesihatan Interim, Khairy Jamaluddin hadir pada Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya di Auditorium Hospital Cyberjaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

CYBERJAYA – Hospital Cyberjaya yang baharu beroperasi dijangka dapat mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di pusat kesihatan berhampiran.

Menteri Kesihatan interim, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hospital berkenaan akan turut memanfaatkan hampir 282,000 penduduk yang tinggal di daerah Sepang dan kawasan berhampiran.

“Hospital ini bukan sahaja akan memanfaatkan penduduk setempat tetapi juga mengurangkan waktu menunggu dan kesesakan di Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya,” kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian dalam ucaoannya ketika hadir pada Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya, di sini pagi tadi.

Hospital berkenaan, yang pada mulanya dirancang untuk dioperasikan menerusi model awam-swasta yang berpandukan sewaan, kemudiannya diubah menjadi hospital awam penuh dibawah kendalian Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita sudah bersetuju Hospital Cyberjaya akan dikendalikan kemententerian dan menjadi hospital awam,” tambah Khairy Jamaluddin.

Beliau kemudiannya berkata, hospital tersebut dilengkapi dengan kelengkapan dan teknologi terkini dan akan turut berfungsi sebagai hospital pakar.

Hospital tersebut mempunyai 14 perkhidmatan biasa dan pakar termasuk rawatan kecemasan, perubatan awam, paediatrik, ortopedik, radiologi, psikiatri, pemulihan, pergigian dan bermacam lagi,” kata Khairy Jamaluddin.

Hospital Cyberjaya yang dibangunkan dibawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) boleh memuatkan sebanyak 288 katil, dan mempunyai 1,006 ruang parkir kereta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here